PERKHIDMATAN X-RAY

PENGENALAN

 

PERKHIDMATAN X-RAY

Perkhidmatan x-ray di Pusat Kesihatan Universiti UTHM dibuka kepada pelajar, staf dan tanggungan staf.
Antara perkhidmatan x-ray yang di tawarkan ialah;

  • X-ray Dada (untuk pemeriksaan kesihatan dan bukan pemeriksaan kesihatan)
  • X-ray Abdomen
  • X-ray Rangka Kepala
  • X-ray Anggota Atas
  • X-ray Anggota Bawah
  • X-ray Tulang Belakang
*Pemeriksaan Radiologi yang lain seperti Mammogram, Ct scan dan MRI boleh dilakukan di hospital pakar yang berhampiran.

xray1

SOALAN LAZIM TENTANG X-RAY

S : Adakah x-ray merbahaya?
J: Ya. Penggunaan x-ray tidak harus dipraktikkan kecuali penggunaannya mendatangkan faedah yang ketara dan perlu dikendalikan oleh pekerja yang bertauliah.

S : Berapa dos radiasi yang saya terima bagi setiap pemeriksaan x-ray?
J : Dos yang diterima bergantung kepada jenis pemeriksaan dan faktor dedahan yang digunakan. Dos dari pemeriksaan x-ray am adalah lebih kecil berbanding dengan dos pemeriksaan CT scan.

S : Saya baru sahaja menjalani pemeriksaan x-ray. Bolehkah saya menjanlani x-ray sekali lagi dan adakah ianya memudaratkan?
J : Ianya tidak memudaratkan sekiranya dos yang diterima tidak melebihi had dos maksima yang dibenarkan.
Nota : Dos maksima yang disyorkan oleh Badan Pengawal Keselamatan Radiologi Antarabangsa (ICRP) bagi oang awam ialah 1mSv/tahun, iaitu bersamaan dengan 50 pemeriksaan x-ray dada.

S : Kenapa saya perlu menukar pakaian dan menanggalkan semua barang kemas sebelum menjalani pemeriksaan x-ray?
J : Pesakit dikehendaki menukar pakaian dan menanggalkan barang kemas sebelum menjalani pemeriksaan x-ray kerana dikhuatiri akan menghalang bahagian yang perlu di x-ray. Walau bagaimanapun tidak semua pemeriksaan memerlukan pesakit melakukan sedemikian.

S: Saya datang bulan. Bolehkan saya menjalani pemeriksaan x-ray?
J : Tiada halangan kepada pesakit perempuan yang datang bulan untuk menjalani pemeriksaan x-ray kecuali telah dikenalpasti bahawa dirinya mengandung atau lewat dating bulan. Sekiranya pesakit mengandung, sila beritahu Juru x-ray sebelum melakukan pemeriksaan x-ray.

All Rights Reserved. This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned. Copyright © 2019 Pusat Kesihatan Universiti, UTHM

  • Last Modified: Tuesday 22 September 2020, 16:48:04.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di:

Pusat Kesihatan Universiti
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 7846
Tel Kecemasan: +6019-868 7854
Fax: +607-453 6077
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.