Rawatan Kecemasan

Written by Super User on . Posted in Rawatan Kecemasan

UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA

Unit Kecemasan dan Trauma terletak di bahagian hadapan bangunan Pusat Kesihatan Universiti dimana rawatan kecemasan akan diberi selepas pemeriksaan dan penilaian dibuat oleh pegawai bertugas.

Unit ini dilengkapi dengan 2 buah katil dan peralatan perubatan yang mencukupi untuk merawat kes-kes kecemasan biasa (Common Medical Emergencis).

Unit ini juga berperanan mengurus bencana dan wabak di dalam dan di luar Pusat Kesihatan Universiti.

 

PERKHIDMATAN AMBULAN

Kemudahan Ambulan disediakan untuk menghantar pesakit yang memerlukan rawatan / rujukan ke hospital berdekatan.

 

WAKTU RAWATAN

Waktu rawatan Pusat Kesihatan Universiti adalah dari 8.30pg sehingga 7.15 malam pada setiap hari bekerja (Isnin-Jumaat). Walaubagaimanapun staf "on-call" kami bersedia 24jam untuk menerima panggilan KECEMASAN SAHAJA.

 

SIAPA YANG LAYAK

Hanya pelajar UTHM yang layak menerima rawatan Kecemasan selepas waktu bekerja. Pesakit juga perlu menghubungi staf yang bertugas "on-call" melalui nombor telefon yang dipamerkan di luar bangunan Pusat Kesihatan Universiti.