Perkhidmatan X-Ray

Written by Super User on . Posted in Perkhidmatan X-Ray

PENGENALAN

Perkhidmatan x-ray diwujudkan di Pusat Kesihatan Universiti UTHM bertujuan bagi membantu Pegawai Perubatan dan Pembantu Pegawai Perubatan dalam mengdiagnos sesuatu penyakit. Selain itu, ianya juga dapat mempercepatkan proses pengambilan x-ray kerana pesakit tidak lagi perlu ke hospital untuk mengambil x-ray.

Perkhidmatan x-ray di Pusat Kesihatan Universiti UTHM mula beroperasi pada April 2008. Pada masa itu, perkhidmatan x-ray dikendalikan oleh seorang Pegawai Perubatan dan seorang Jururawat yang bertauliah dan x-ray yang dilakukan hanya terhad untuk pemeriksaan kesihatan dan anggota tubuh sahaja.

Pada Mac 2009, seorang Juru X-ray memulakan perkhidmatannya di sini dan sekaligus dapat memaksimakan perkhidmatan x-ray di Pusat Kesihatan Universiti UTHM. 

 

PERKHIDMATAN X-RAY

Perkhidmatan x-ray di Pusat Kesihatan Universiti UTHM terbuka kepada pelajar, staf dan tanggungan staf.  Antara perkhidmatan x-ray yang ditawarkan ialah;

  • X-ray dada (untuk pemeriksaan kesihatan dan bukan pemeriksaan kesihatan)
  • X-ray abdomen
  • X-ray rangka kepala
  • X-ray anggota atas
  • X-ray anggota bawah
  • X-ray tulang belakang

Namun yang demikian untuk pemeriksaan x-ray yang lebih lanjut seperti CT Scan dan MRI, pihak Pusat Kesihatan Universiti UTHM akan menghantar ke hospital yang berhampiran.