Perkhidmatan Makmal Perubatan

Written by Super User on . Posted in Perkhidmatan Makmal Perubatan

DEFINISI

Makmal Perubatan Pusat Kesihatan Universiti telah mula beroperasi pada tahun 2007, dengan kemasukan seorang Juruteknologi Makmal Perubatan sehingga sekarang.

Tujuan Makmal Perubatan PKU ini ditubuhkan untuk membantu Pegawai Perubatan dalam diagnosis penyakit, penentuan punca penyakit, cara kawalan dan penyembuhannya.

Makmal Perubatan PKU juga bekerjasama dengan Makmal Perubatan Hospital Kerajaan dan juga Makmal Swasta iaitu Gribbles Pathology Sdn. Bhd. bagi membantu melicinkan perjalanan Makmal Perubatan Pusat Kesihatan Universiti.

 

PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN

  • Pemeriksaan Kesihatan (General Screening) bagi pelajar, staf, ibu bapa staf dan pesara yang berumur 40 tahun dan ke atas.
  • Pemeriksaan kesihatan bagi pelajar, staf dan juga pesakit luar (bergantung pada borang).
  • Ujian darah, ujian air kencing, ujian kahak dan juga lain-lain ujian bagi membantu Pegawai Perubatan mendiagnosis penyakit.