Perkhidmatan Fisioterapi

Written by Super User on . Posted in Perkhidmatan Fisioterapi

DEFINISI

Fisioterapi adalah singkatan bagi fisio iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi, dan terapi bermakna penjagaan. Fisioterapi membawa maksud penjagaan atau pemulihan kefungsian.

RAWATAN FISIOTERAPI

Fisioterapi yang dijalankan akan membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya. dengan tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik. Fisioterapi juga memberi rawatan untuk pesakit yang mengalami : 

  • Kecederaan semasa bersukan, ligament terluka dan kecederaan otot (sprains).
  • Kondisi ketidakupayaan seperti palsy, stroke dan distrofi otot (otot mengecut).
  • Masalah sakit sendi, Tulang belakang dan leher.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Elektro Terapi :

  • Sonotron.
  • Ultra Sound.
  • Interferential Terapi.
  • Laser.
  • TENS.
  • Wax Terapi.

2. Terapi Manual :

  • Mobilisasi.
  • Manipulasi.
  • Urutan.
  • Senaman Therapeutic.
  • Rehabilitasi selepas pembedahan.
  • Nasihat dan langkah pencegahan.