Bahagian Kesihatan Persekitaran

Written by Super User on . Posted in Bahagian Kesihatan Persekitaran

PENGENALAN

Bahagian Kesihatan Persekitaran Pusat Kesihatan Universiti UTHM ditubuhkan pada 13 Oktober 2008 dengan seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran gred U29 melapor diri. Dari segi perjawatan atau kekuatan sumber manusia, perjawatan diimiliki sehingga kini ialah dua orang penolong pegawai kesihatan persekitaran gred  U29 (1 jawatan tetap dan 1 jawatan kontrak)  dan dua orang Pembantu Kesihatan Awam  gred U17. (1 jawatan tetap dan 1 jawatan kontrak)  

OBJEKTIF BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN

Meminimumkan sebaik mungkin morbiditi kes penyakit berjangkit sama ada penyakit bawaan udara, bawaan air dan makanan seterusnya mengelakkan sebaik mungkin mortaliti bagi warga UTHM melalui aktiviti kawalan keselamatan dan kualiti makanan, kawalan penyakit bawaan vektor, kawalan  penyakit berjangkit, kawalan mutu air minum (air terawat) dan aktiviti kesihatan am.

PERKHIDMATAN BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN

1. Unit keselamatan dan kualiti makanan

  • Pelaksanaan Peraturan Perdaftaran Premis makanan (semua pengusaha luar).
  • Menjalankan pemeriksaan premis makanan di dalam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sebulan sekali bagi setiap premis makanan di mana tempoh yang tidak melibatkan cuti bagi kalendar akademik berdasarkan bidang kuasa yang diberikan dibawah Peraturan Pendaftaran Pengendalian Makanan dan Kafeteria UTHM 2010.
  • Menjalankan analisis data pencapaian dan faktor risiko keselamatan kualiti makanan,  merangka dan melaksana pelan strategik sebarang kejadian keracunan makanan dan semua penyakit berjangkit melibatkan bawaan air dan makanan bagi kepentingan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

 2. Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor

  • Menjalankan notifikasi penyakit demam denggi kepada Jabatan Kesihatan Daerah.
  • Merancang strategi pelaksanakan program semburan kabus Bahagian Kesihatan Persekitaran.
  • Merancang strategi pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes.
  • Menjalankan analisis data berkaitan kejadian demam denggi dan merancang pelan kawalan wabak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
  • Meminimumkan sebaik mungkin risiko kematian berkaitan demam denggi, malaria dan penyakit bawaan vektor yang lain di UTHM.

3. Unit Kawalan Penyakit berjangkit.

  • Merancang dan menggerakkan sistem kawalan penyakit berjangkit UTHM bagi mengelakkan sebaik mungkin kematian berdasarkan jenis penyakit.
  • Menjalankan notifikasi bagi semua jenis penyakit berjangkit kepada Jabatan Kesihatan Daerah.

4. Unit Pendidikan Kesihatan

  • Melaksanakan program pameran kesihatan bagi kepentingan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
  • Melaksanakan strategi kawalan penyakit berjangkit dan kawalan penyakit bawaan vektor melalui kaedah hebahan, ceramah, pengedaran risalah dan penggantungan banting.
  • Mereka semua bentuk dan bahan kandungan  poster-poster, risalah dan banting berkaitan kesihatan persekitaran.

5. Unit Keselamatan Pekerjaan

  • Menjalankan notifikasi semua kes yang diklasifikasikan melibatkan keselamatan pekerjaan kepada Unit Keselamatan Pejabat Pendaftar
  • Memberi bantuan teknikal kepada Unit Keselamatan berkaitan kesihatan persekitaran bagi kes yang melibatkan situasi kesihatan persekitaran kepada Unit Keselamatan Pejabat Pendaftar.

6. Unit Kesihatan Am

  • Menjalankan kajian berkaitan isu kesihatan persekitaran, vektor bawaan penyakit dan kajian menyeluruh mengenai pelan strategik kawalan penyakit berjangkit dan mencadangkan langkah kawalan bagi kepentingan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

7. Unit Kawalan Keselamatan Mutu Air Minuman

  • Menjalankan siasatan sebarang punca pencemaran kualiti air paip terawat di dalam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bagi kepentingan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
  • Menjalankan persampelan analisis fizikal bagi air terawat yang disyaki tercemar di dalam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
  • Menjalankan persampelan mikroorganisma sekiranya difikirkan perlu bagi air terawat yang disyaki tercemar.
  • Menjalankan persampelan bagi parameter kimia sekiranya difikirkan perlu bagi air terawat yang disyaki tercemar.
  • Mencadangkan langkah penyelesaian melibatkan sistem paip dan tangki simpanan yang dibuktikan tercemar kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
  • Menjalin dan menggerakkan kerjasama melibatkan Jabatan Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri atau jabatan Kimia Malaysia sekiranya difikirkan perlu bagi membendung masalah berkaitan kesihatan berpunca daripada air terawat yang tercemar.