Sejarah Penubuhan

Written by Super User on . Posted in Mengenai Kami

Pusat Kesihatan Mahasiswa (PKM) ditubuhkan dan diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) pada tahun 2002. Ketika itu PKM telah dianggotai oleh 2 orang Jururawat, seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Makmal Perubatan. Pada tahun 2003 terdapat 2 orang Pagawai Perubatan telah menganggotai PKM. Seorang daripada Pegawai Perubatan telah dilantik sebagai Ketua PKM. Pada tahun yang sama pentadbiran PKM telah dinaik taraf sebagai Pusat Tanggugjawab.

Pada tahun 2004, nama PKM telah ditukar kepada Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Seorang Penolong Pegawai Farmasi dan seorang Penolong Pegawai Perubatan telah menganggotai PKU pada tahun 2005. Pada tahun 2006  pula PKU telah menubuhkan Unit Pergigian dan telah dianggotai oleh seorang Pegawai Pergigian dan Pembantu Perawat Pergigian. Pada tahun 2007,seorang Juruteknologi Makmal Perubatan telah menganggotai PKU.

Pada tahun 2008,PKU telah menubuhan 2 unit baru iaitu Unit X-ray dan Unit Kesihatan Persekitaran,seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran telah menganggotai pusat ini. Jawatan Pengarah PKU telah diwujudkan dan sebuah bangunan tambahan PKU mula beroperasi. Pada tahun 2009,sebuah bangunan tambahan telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin,Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Kemudian sebuah unit baru telah ditubuhkan iaitu unit Fisioterapi dan telah dianggotai oleh seorang Jurupulih Anggota Perubatan. Seorang Juru X-ray turut menyertai PKU pada tahun ini. Sehingga kini,jumlah kakitangan di PKU adalah seramai 32 orang.