Pengenalan

Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah ditubuhkan sejak 2002 dengan nama asal Pusat Kesihatan Mahasiswa (PKM). Ketika itu PKM diletakkan dibawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar(HEP) dan dianggotai oleh 2 orang jururawat seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Makmal Perubatan.

Penjenamaan semula telah berlaku pada 2004 dimana Pusat Kesihatan Mahasiswa (PKM) ditukar kepada Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Sehingga kini PKU telah dianggotai seramai 32 orang staf dan dibahagikan kepada 8 unit. Terdapat beberapa perkhidmatan yang ditawarkan disini seperti Rawatan Pesakit Luar,Pergigian,Kecemasan, Pembedahan kecil,Fisioterapi dan X-ray.

Berdasarkan motto “Kesihatan Anda, Keprihatinan Kami”, kami di PKU berharap dapat meningkatkan kualiti kesihatan warga universiti dan masyarakat setempat.